Sewadeecar Ialah Portal Mencari Dan Menawarkan Kenderaan Sewa Atas Talian

Kerap kali sebelum kami pergi bercuti, kami akan melakukan carian untuk menyewa kenderaan. Siapa yang pernah melakukan carian ini pasti akan tahu ia amat leceh dan kadang kala nombor perkhidmatan telah ditamatkan. Sewadeecar ialah laman atas talian yang cuba memudahkan proses mencari dan menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan.

Menerusi Sewadeecar, pengguna boleh melakukan carian jenis kenderaan, model, dan lokasi ia ingin disewa. Bagi mereka yang menawarkan perkhidmatan sewaan pula, kenderaan anda boleh diiklankan di dalam Sewdeecar. Pelbagai model kenderaan ditawarkan dari sekecil Perodua Alza hinggalah sebesar Toyota Vellfire. Untuk melihat penawaran di Sewadeecar, anda boleh melayari laman mereka menerusi pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.