TechSemut Malaysia

Sharp Akan Membeli Perniagaan PC Milik Toshiba

Sharp Akan Membeli Perniagaan PC Milik Toshiba

Sharp Akan Membeli Perniagaan PC Milik Toshiba
Jun 05
16:20 2018

SharpPerniagaan melibatkan penjualan PC boleh dikatakan semakin mencabar pada era populariti peranti mudah-alih kini. Hal ini turut membuatkan sejumlah syarikat memilih untuk bersatu dengan yang lain, atau menjual perniagaan PC milik mereka.

Terkini, Sharp yang dimiliki oleh Foxconn mengumumkan akan membeli perniagaan PC milik Toshiba. Untuk tujuan berkenaan, Toshiba akan menjual 80% pegangan pada perniagaan PC berkenaan pada nilai $36 juta.

Untuk makluman, Toshiba mempunyai beberapa penawaran komputer riba dibawah jenama Dynabook. Dengan pengambil-alihan oleh Sharp, ia akan membolehkan Sharp untuk meneruskan penawaran komputer riba dibawah jenama berkenaan – selain terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti elektronik.

Sebelum ini sendiri, Sharp pernah berada dalam perniagaan PC, tetapi keluar daripada arena berkenaan sekitar lapan tahun lepas.

Kini, dengan bantuan pihak Foxconn, berkemungkinan mereka melihat kembali ke arena berkenaan, dan mungkin boleh menjana pendapatan positif hasil pengambil-alihan ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com