Shopee sedia menawarkan beberapa kemudahan kepada pengguna dalam terus berbelanja di platform mereka. Antaranya sebelum ini termasuk ciri sokongan untuk membeli kod baucar untuk diskaun tambahan, selain mengalakkan pengguna menggunakan ShopeePay.

Terbaru, mereka turut menambah sebuah lagi ciri baharu dinamakan sebagai SPayLater.

Ia merupakan sebuah ciri memfokuskan membeli terlebih dahulu, dan membayar kemudian. Dengan langkah ini, anda boleh melakukan pembelian terlebih dahulu sementara gaji anda masih belum masuk – dan membayarnya pada kemudian masa.

Shopee mengatakan pengguna perlu melakukan pembayaran sebelum 10 haribulan setiap bulan.

Selain itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk membuat pembayaran secara ansuran melalui SPayLater ini.

Shopee mengatakan SPayLater terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai MyKad yang sah. Seterusnya, anda perlu melakukan pengaktifan melalui aplikasi mudah-alih.

Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diberikan had belanja masing-masing untuk tujuan SPayLater. Selepas diaktifkan, pengguna akan ditawarkan pilihan bayaran melalui SPayLater ketika melakukan pembelian di Shopee.

Untuk tujuan beli dahulu, bayar kemudian, tiada sebarang caj pemprosesan. Tetapi, untuk pilihan ansuran, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 1.25% sebulan berula bulan kedua. Pengguna juga akan dikenakan caj 1.5% sekiranya lewat membayar pada sesuatu bulan.

Layari : Shopee SPayLater

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.