Share Button

Siapa kata main game buang masa? Yap Jian Wei aka xNova yang menyertai pasukan PSG.LGD menjadi jutawan baru apabila menduduki tempat kedua dalam pertandingan Dota 2 The International 8.

Pasukan PSG.LGD berpengkalan di China.

Pasukan yang mendapat tajaan kelab bola sepak Paris Saint-Germain tersebut berjaya memenangi RM16.6 juta dalam Ti8 di Kanada, semalam.

Ia bermakna setiap seorang memperoleh RM3.32 juta secara kiraan kasar.

Pertandingan e-sukan popular tersebut menyasksikan OG menjadi juara dengan membawa pulang RM45.8 juta. Hadiah keseluruhan tahun ini bagi kejohanan Dota 2 bernilai lebih RM103 juta.

TI8 akan mempunyai kelayakan peringkat serantau dan terbuka dalam beberapa bulan lagi. Dari situ kita akan menyaksikan pertarungan begitu sengit kerana skuad ini akan berbuat apa saja untuk menempah slot ke The International 2018.

Tahun lalu, Team Liquid membawa pulang lebih RM86.4 juta selepas menjuarai TI7.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.