TechSemut Malaysia

Siapa sangka apa yang telefon murah ini mampu lakukan

Siapa sangka apa yang telefon murah ini mampu lakukan

November 06
13:03 2017
Share Button

Telefon yang menjadi keperluan mempunyai beberapa ciri yang difikirkan pengguna sebelum membelinya.

Antara yang menjadi kira-kira sebelum menyambar sebuah telefon adalah bajet. Maklumlah, zaman bajet ‘ketat’ ini memungkinkan kita lebih berhati-hati terhadap apa juga pembelian termasuk telefon pintar.

Nasib baik, dengan Honor 6A Pro, anda sudah boleh mendapatkan beberapa ciri menarik sesuai dengan harganya.

Secara ringkas, Sam (TheSkop) paparkan sedikit previu telefon ini yang sudah berada di pasaran pada harga RM699 saja.

Honor 6A mempunyai pengimbas cap jari yang pantas membuka telefon sebaik jari disentuh pada bahagian bulat di belakang telefon (di bawah kamera).

Bukan setakat itu saja, Sam mendapati ia juga berfungsi sebagai butang untuk menangkap gambar, menangkap video, menjawab panggilan, menutup jam loceng dan navigasi foto.

Pada prosesor Qualcomm Snapdragon octa core, ia juga datang dengan RAM 3GB. Setakat yang Sam guna sehingga kini, operasinya agak pantas.

Setoran pula 32GB dan boleh ditambah menggunakan kad microSD 128GB, slot berkongsi dengan kad SIM nano.

Rekaannya juga agak kemas dan berbentuk bulat di tepi yang agak nipis dan mudah pegang di tangan.

Ia mempunyai kamera 13 megapiksel dan bateri 3020mAh dan skrin 5 inci.

Jika mahu mengetahui lanjut tentang reviu penuh bagi fon ini, tunggu artikel Sam nanti.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com