SIE Worldwide Studios Akan Membuka Studio Pembangunan Permainan Video Di Malaysia

Semalam, sewaktu acara pembukaan acara Level Up KL Biz, Studio Larian telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka beberapa studio pembangunan permainan baru, dimana salah satu daripadanya adalah di Kuala Lumpur.

Pengumuman ini cukup menarik kerana ia bermakna bahawa permainan besar seterusnya daripada mereka, iaitu Baldur’s Gate 3 akan dibangunkan secara bersama-sama di Malaysia.

Sewaktu acara penutupan Level Up KL Biz, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) akan membuka sebuah studio di Kuala Lumpur juga.

Pengumuman tersebut dilihat sendiri oleh Shuhei Yoshida, mantan Presiden SIE WWS yang baru sahaja meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab baru menjaga studio-studio permainan indie yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbit permainan.

Studio SIE ini, yang dinamakan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Sdn Bhd dikatakan akan setaraf dengan studio permainan video parti pertama Sony yang lain seperti Santa Monica Studio dan sebagainya, walaupun untuk masa ini, tiada butiran telah diberikan mengenai bilakah studio ini akan dibuka, dan dimanakah lokasinya.

Pihak SIE dikatakan akan memberikan butiran lanjut mengenai pembangunan studio tersebut di masa akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.