Sigma Melancarkan Kamera Bingkai-Penuh Nircermin Paling Kecil Dan Ringan Di Dunia

Sigma fp dilancarkan pagi ini sebagai kamera digital bingkai-penuh yang kecil dan ringan di dunia. Dengan saiz  112.6 x 69.9 x 45.3mm dan berat 370 gram ianya hanya beberapa milimeter lebih besar berbanding kamera kompak Canon PowerShot G7 III yang baru sahaja dilancarkan. Malahan ia hanya bersaiz sekitar setelapak tangan.

Sigma fp ialah kamera nircermin dengan sensor bingkai-penuh 24.6 Megapixel CMOS Bayer. Ia direka untuk digunakan bersama lensa L-Mount tetapi masih boleh menggunakan lensa Sigma dan Canon yang menggunakan cagak EF menerusi sebuah penyesuai khas. Gambar boleh ditangkap berterusan sehingga 12 bingkai sesaat. Video pula boleh dirakam menggunakan format CinemaDNG 12-bit pada tetapan 4K 24FPS. Kesemua fungsi kamera boleh diakses menggunakan sebuah skrin LCD 3.2″ pada panel belakang.

Keseluruhan tubuh diperbuat daripada bongkah aluminium yang turut mempunyai kemampuan kalis air serta debu. Kad memori yang disokong pula adalah SD / SDHC / SDXC, Terdapat port pengecasan USB-C dan sebuah input mikrofon. Walau bagaimanapun bicu audio 3.5mm untuk fon telinga tidak pula disertakan. Tiada maklumat mengenai harga tetapi jualan akan bermula pada musim luruh ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.