Signal merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang memfokuskan kepada privasi, dan mula digunakan ramai sebagai alternatif kepada WhatsApp.

Dengan lebih ramai yang mula beralih ke Signal, kini pembangunnya turut menambah beberapa ciri baharu yang lebih kurang sama seperti WhatsApp.

Kemaskini terbaru yang masih diuji dalam bentuk beta ini kini menawarkan ciri sokongan gambar latar yang disesuaikan untuk setiap tetingkap sembang, disamping turut menambah sokongan untuk pelekat beranimasi dalam menjadikan interaksi lebih menarik, selain menambah status kepada profil pengguna.

Buat masa ini, ciri ini masih diperingkat beta, dan dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

Dengan pengenalan ini, ia dijangka akan memudahkan lagi peralihan pengguna dari WhatsApp ke perkhidmmatan permesejan Signal.

Sertai : Signal Beta di Android

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.