TechSemut Malaysia

Singapura Akan Memulakan Operasi Bas Swapandu Pada Tahun 2022

Singapura Akan Memulakan Operasi Bas Swapandu Pada Tahun 2022

Singapura Akan Memulakan Operasi Bas Swapandu Pada Tahun 2022
November 27
09:21 2017

Kenderaan swapandu sudah mula beroperasi di Singapura sejak tahun melalui perkhidmatan teksi nuTonomy. Tetapi pihak pemerintah Kota Singa masih mahu mengurangkan lagi jumlah kereta di atas jalan. Oleh itu pengangkutan awam yang lebih efisien diperlukan. Bagi mempertingkatkan lagi sistem pengangkutan awam mereka, bas swapandu akan memulakan operasi pada tahun 2022.

Tengah, Punggol dan Jurong Innovation District ialah tiga bandar pertama yang akan menerima bas swapandu. Bas-bas ini hanya akan beroperasi pada waktu bukan puncak. Ia akan digunakan untuk perjalanan dekat dan menyambungkan pengguna ke tempat kerja dari stesen-stesen MRT sedia ada. Seperti kami laporkan sebelum ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memanggil bas seperti mereka menggunakan khidmat perkongsian kereta.

Pengangkutan awam yang efisien ini adalah perlu di Singapura kerana kos pemilikan kenderaan awam yang amat tinggi. Bermula Februari 2018. Singapura tidak akan menambah jumlah kenderaan di jalan raya. Kenderaan yang sudah berusia tidak akan disambung sijil COE (Ceritificate of Entitlement) dan ini digantikan dengan kenderaan baru.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com