Singapura Mengharamkan Penggunaan Skuter Elektrik Pada Lorong Pejalan Kaki

Penggunaan skuter elektrik kini dapat dilihat di bandar-bandar utama termasuk Kuala Lumpur. Ia mengisi kekosongan yang berlaku selepas perkhidmatan sewaan basikal dihentikan kerana pelbagai masalah yang dihadapi. Selepas pengenalannya, skuter elektrik turut menimbulkan masalahnya yang tersendiri. Di Singapura ia kini diharamkan dari digunakan pada lorong pejalan kaki bermula esok.

Neuron EskuterPengharaman dilakukan selepas berlaku beberapa insiden pengguna skuter melanggar pejalan kaki sehingga mengakibatkan kecederaan. Skuter elektrik hanya boleh digunakan pada laluan basikal dan di taman-taman awan sahaja. Sebelum ini undang-undang Singapura telahpun mengharamkan penggunaannya di atas jalan raya.

Bermula esok sehingga 31 Disember pengguna yang didapati melanggar larangan ini akan diberikan amaran terlebih dahulu. Selepas tempoh tersebut mereka boleh dikenakan denda SGD2,000 (~RM6100) atau tiga bulan penjara jika didapati bersalah. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Singapura juga tidak akan meluluskan lesen operasi baharu untuk perkhidmatan perkongsian skuter elektrik.

Selain skuter elektrik, kerajaan Singapura juga bercadang mengharamkan penggunaan papan roda dan ekasikal elektrik. Langkah yang agak drastik diambil oleh kerajaan Singapura kerana di negara mereka terdapat ramai pejalan kaki. Sejak pengenalan skuter elektrik, terdapat banyak rungutan diterima dari pejalan kaki yang dilanggar atau hampir dilanggar.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.