Singapura Mula Memberi Peranti Berhubung TraceTogether Token Kepada Warga Emas Yang Memerlukannya

Singapura ialah diantara negara yang sedang pesat membangunkan teknologi pengesanan kontak melalui aplikasi peranti pintar dan juga token fizikal.

Aplikasi dan token tersebut, yang dinamakan TraceTogether dan token TraceTogether digunakan untuk membolehkan pihak perubatan Singapura untuk mengesahkan pergerakan pesakit yang berkemungkinan dijangkiti wabak COVID-19.

Pembangunan token TraceTogether dilakukan kerana muat-turun aplikasi TraceTogether tidak begitu meluas di kalangan rakyat Singapura. Daripada 5.69 juta rakyat Singapura, ia dilaporkan bahawa aplikasi tersebut hanya dimuat-turun sebanyak 2.1 juta kali sahaja, kebarangkalian kerana ramai rakyat Singapura, khususnya warga emas tidak memiliki peranti pintar.

Kerajaan Singapura juga dilihat akan memberi token TraceTogether ini kepada golongan emas yang benar-benar memerlukannya, terutamanya mereka yang tidak memiliki peranti pintar, ataupun mereka yang mempunyai risiko untuk berpenyakit yang tinggi.

Token TraceTogether ini akan menyimpan maklumat pergerakan selama 25 hari sahaja, dan data yang terkandung hanya boleh diakses oleh pegawai perubatan bertauliah dan disahkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*