Siri Apple iPhone 12 Diumumkan Dengan Skrin Super Retina XDR OLED, Rangkaian 5G

Harga Apple iPhone 12 Malaysia

Apple telah mengumumkan barisan smartphone iPhone 12 pada acara khas yang diadakan secara atas talian. Empat variasi iPhone 12 dilancarkan termasuk Apple iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Keempat-empat model ini berkongsi sentuhan rekaan yang sama disamping menggunakan pemproses terbaru Apple A14 Bionic (5 nm) serta menyokong sambungan 5G.

Model paling kecil iPhone 12 Mini menawarkan skrin bersaiz 5.4 inci dan diikuti iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang menggunakan skrin bersaiz 6.1 inci. Model terbesar pula iaitu iPhone 12 Pro Max hadir dengan skrin 6.7 inci. Kesemunya menampilkan panel skrin Super Retina XDR OLED yang memiliki pelindung Ceramic Shield dengan kebolehan menahan hentakan 4x lebih baik.

Harga Apple iPhone 12 Malaysia

Untuk kamera, iPhone 12 Mini dan iPhone 12 tampil dengan dua lensa belakang dengan sensor 12 Megapixel (F1.6, 26mm, OIS) dan sensor sudut lebar 12 Megapixel (F2.4, 13mm). Manakala bahagian hadapan pula tampil dengan lensa 12 Megapixel (F2.2, 23mm) dan sensor SL 3D untuk gambar portrait dan juga fungsi Face ID. Tambahan sensor telephoto 12 Megapixel (52mm, OIS, 2x optical zoom) dan TOF 3D LiDAR scanner di bahagian belakang untuk versi iPhone 12 Pro dan Pro Max.

Harga Apple iPhone 12 Malaysia

Apple juga telah memperkenalkan pengecasan tanpa wayar MagSafe baru yang menampilkan pelekat magnet di kawasan sekitar gegelung pengecasan tanpa wayar pada kesemua siri iPhone 12. Ia membolehkan pengecas iPhone terpasang dengan tepat serta memberikan kuasa pengecas tanpa wayar hingga 15W. Untuk pengecas menggunakan port Ligtning pula mampu mengecas sehingga 18W. Namun malangnya, kesemua model iPhone 12 tidak disertakan dengan pengecas di dalam kotak. Anda boleh mendapatkan pengecas 20W yang dijual secara berasingan.

Baca : Spesifikasi Penuh Apple iPhone 12 Mini, Apple iPhone 12, Apple iPhone 12 Pro dan Apple iPhone 12 Pro Max.

Harga Siri Apple iPhone 12 Di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Apple Malaysia telah mengeluarkan senarai harga untuk keempat-empat model iPhone 12. Namun, tarikh jualan masih lagi tidak diketahui. Harga Siri Apple iPhone 12 di Malaysia seperti di bawah :-

  • iPhone 12 Mini (64GB) – RM3,399
  • iPhone 12 Mini (128GB) – RM3,599
  • iPhone 12 Mini (256GB) – RM4,099
  • iPhone 12 (64GB) – RM3,899
  • iPhone 12 (128GB) – RM4,099
  • iPhone 12 (256GB) – RM4,599
  • iPhone 12 Pro (128GB) – RM4,899
  • iPhone 12 Pro (256GB) – RM5,399
  • iPhone 12 Pro (512GB) – RM6,299
  • iPhone 12 Pro Max (128GB) – RM5,299
  • iPhone 12 Pro Max (256GB) – RM5,799
  • iPhone 12 Pro Max (512GB) – RM6,699

Apple iPhone 12 Mini dan iPhone 12 hadir dalam warna Hitam, Biru, Merah, Kelabu dan Putih. Manakala model Pro dan Pro Max boleh didapati dalam warna Emas, Grafit, Perak dan Pasifik Biru.

Write a Comment

view all comments

*