Siri Asus ZenFone 7 Diumumkan Dengan Skrin 6.67-inci 90Hz AMOLED, Snapdragon 865

Harga Asus ZenFone 7 Malaysia

Asus baru saja mengumumkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Asus ZenFone 7 dan Asus ZenFone 7 Pro. Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin AMOLED FullHD+ bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 200Hz serta dilindungi oleh lapisan Gorilla Glass 6.

Untuk Asus ZenFone 7, ia dikuasakan oleh Snapdragon 865 manakala ZenFone 7 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 865+. Kedua-duanya menyokong rangkaian 5G SA/NSA, hingga 8GB LPDDR5 dan menjalankan Android 10 dengan antaramuka Zen UI 7.

Untuk kamera, Asus telah menaik taraf kamera boleh lipat yang terdapat pada kamera ZenFone 6 menjadikan tiga lensa boleh lipat yang merangkumi kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP yang juga mampu merakam gambar makro dan kamera telefoto 8MP dengan 3x optik zoom dan 12x digital zoom.

Harga Asus ZenFone 7 Malaysia

Kelebihan untuk model ZenFone 7 Pro yang dilengkapi dengan OIS 4 paksi (penstabilan imej optik) untuk gambar yang lebih jelas tanpa kabur akibat daripada gegaran semasa mengambil gambar. Kedua-dua model ZenFone 7 ini juga hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W (Quick Charge 4.0).

Asus ZenFone 7 dan ZenFone 7 Pro hadir dalam warna Pastel White dan Aurora Black yang dijual di Taiwan bermula NT$ 21,999 (sekitar RM2999) untuk model 6GB /128GB. Asus Zenfone 7 Pro pula dijual bermula NT$ 27,990 (Sekitar RM3299) untuk model 8GB/512GB.

Write a Comment

view all comments

*