Siri Asus Zenfone Max Mungkin Akan Memfokuskan Kepada Antaramuka Asli Android

Asus Malaysia semalam telah melancarkan Asus Zenfone Max Pro M1 untuk pasaran tempatan secara rasminya – menawarkan harga yang sangat kompetitif, selain turut hadir dengan penggunaan antaramuka asli Android padanya.

Untuk makluman, Asus mempunyai penawaran antaramuka Android mereka tersendiri, dinamakan ZenUI, dimana ia digunakan pada peranti Zenfone lain.

Asus Zenfone Max

Bercakap mengenainya, wakil Asus mengatakan yang mana mereka mungkin akan memfokuskan penggunaan antaramuka asli Android pada siri Zenfone Max, sementara siri lain akan menggunakan antaramuka ZenUI.

Seperti ramai sedia maklum, antaramuka asli Android dan ZenUI – masing-masing mempunyai peminatnya yang tersendiri, dan kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri.

Siri Zenfone Max memfokuskan kepada sokongan bateri bertahan lama melaluinya, dan semestinya penggunaan antaramuka asli Android ini akan terus menawarkan prestasi yang baik serta menambah lagi peminat baru kepada jenama Asus.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.