TechSemut Malaysia

Siri Baru Easy UPS Dari Schneider Electric Kini Di Malaysia

Siri Baru Easy UPS Dari Schneider Electric Kini Di Malaysia

Siri Baru Easy UPS Dari Schneider Electric Kini Di Malaysia
Jun 08
15:51 2018

Tenaga elektrik merupakan tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Banyak peranti, kelengkapan rumah, malah operasi seharian bergantung padanya dan bagi setiap perniagaan dan perusahaan, sumber tenaga elektrik diperlukan setiap masa dan sebarang gangguan elektrik mampu merugikan syarikat. Malah untuk gangguan elektrik selama sejam mampu merugikan syarikat sebanyak USD 100K dalam potensi kerja dan perniagaan.

Beberapa jalan penyelesaian tersedia bagi mengatasi gangguan elektrik. Bagi kilang besar, biasanya mereka mempunyai kontena penjana elektrik sandaran (backup genset) dan bagi pengguna umum, atau industri kecil dan sederhana, terdapat UPS (Uninterrupted Power Supply) yang mampu memberikan waktu bertahan untuk beberapa jam, membolehkan syarikat bersedia untuk sebarang gangguan elektrik yang tidak dijangka.

Schneider Electric merupakan salah satu penyedia kelengkapan UPS dan hari ini mereka telah melancarkan siri baru APC iaitu Easy UPS 1 Ph On-Line dan juga siri Easy UPS 3 untuk pasaran tempatan. Easy UPS 1 Ph On-Line ialah UPS yang disasarkan untuk kegunaan peribadi, dan sesuai digunakan bagi pemilik perniagaan kecil yang biasanya ingin memastikan perniagaan mereka berjalan tanpa gangguan.

UPS pada siri ini hadir dalam 5 variasi, dan ditawarkan serendah RM 1,099. Bergantung kepada tenaga yang dimuatkan kepada UPS tersebut, ia mampu bertahan sehingga 2 jam lamanya selepas sebarang kejadian gangguan atau ketiadaan bekalan elektrik. Malah apabila kehabisan tenaga, baterinya dapat dicaj sehingga 90% dalam tempoh sepantas 4 jam.

Sementara itu Easy UPS 3S pula disasarkan untuk industri kecil dan sederhana, dimana ia hadir dalam bentuk rak storan sistem UPS yang dapat menyokong lebih banyak peranti dan hadir dalam konsep modular. Konsep modular membolehkan UPS ini ditambah bilangan baterinya bersesuaian dengan keperluan syarikat. Selain itu ia turut menyokong pemantauan secara langsung menggunakan EcoStruxure SNMP.

Bagi mendapatkan Easy UPS dari Schneider Electric ini, pengguna boleh menghubungi pihak Schneider secara terus menerusi laman web mereka dan mendapatkan khidmat nasihat dari mereka berkenaan solusi tenaga sandaran yang diperlukan baik di rumah, mahu di pejabat anda.

Layari: Schneider Electric

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com