TechSemut Malaysia

Siri Baru Papan Kekunci Xplorer & Jellybean Diperkenalkan Alcatroz

Siri Baru Papan Kekunci Xplorer & Jellybean Diperkenalkan Alcatroz

Siri Baru Papan Kekunci Xplorer & Jellybean Diperkenalkan Alcatroz
Julai 12
20:11 2018

Dunia peranti mudah alih dilihat tidak kunjung padam tidak seperti komputer dan komputer riba yang boleh dikatakan mengalami penurunan dari segi penjualan global. Pengedar-pengedar aksesori komputer juga kini telahpun menukar fokus utama, dan turut menghasilkan aksesori untuk peranti mudah alih.

Alcatroz merupakan satu jenama dibawah Leapfrog telahpun melancarkan beberapa papan kekunci yang disasarkan untuk kegunaan peranti mudah alih dibawah siri Xplorer. Dua daripadanya mempunyai ruang untuk meletakkan tablet ataupun telefon pintar dan hadir dengan nama Xplorer Dock.

Xplorer Dock 1

Xplorer Dock 1 merupakan papan kekunci mudah alih dengan slot letak untuk telefon pintar mahupun tablet. Ia boleh dihubungkan kepada dua peranti secara serentak, membolehkan pengguna mengendalikan telefon pintar ataupun tablet secara bersebelahan.

Xplorer Dock 2

Xplorer Dock 2 pula hadir dengan kebolehan yang sama, namun membawakan kelainan dari segi wujudnya pad sesentuh yang menyokong Multi-Touch pada sebelah kiri peranti ini. Ia juga menyokong sambungan sehingga tiga peranti secara serentak.

Alcatroz Jellybean pula merupakan siri papan kekunci baru, dan hadir dengan rekaan yang dilihat sedikit feminis dengan butang menaip berbentuk bulat, dan hadir dengan pelbagai pilihan warna. Jellybean A2000 merupakan papan kekunci tanpa wayar 2.4Ghz yang dikuasakan dengan bateri AAA dan disertakan dengan tetikus.

Manakala Jellybean U2000 merupakan versi yang sama, namun merupakan papan kekunci dengan wayar. Kesemua papan kekunci yang dipersembahkan oleh Leapfrog ini bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com