Siri Black Shark 3 Diumumkan, Peranti Gaming Dengan Skrin 7.1-inci QHD+

Harga Black Shark 3 Pro Malaysia

Xiaomi akhirnya melancarkan dua model smartphone permainan mudah alih iaitu Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro.

Bagi yang inginkan kepuasan skrin yang lebih besar Black Shark 3 Pro menawarkan skrin OLED 7.1-inci, resolusi Quad HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Versi Pro juga menawarkan bateri yang lebih besar iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 65W. Kelebihan utama Black Shark 3 Pro berbanding versi tanpa-Pro ialah memiliki butang taktik fizikal.

<![CDATA[ ]]>

Untuk Black Shark 3 pula menawarkan skrin lebih kecil iaitu bersaiz 6.67-inch dengan resolusi FHD+. Peranti ini juga menawarkan bateri 4,720 mAH dengan pengecas 65W serta tiga pilihan memori iaitu 8GB/128GB, 12GB/128GB dan 12GB/256GB.

Spesifikasi selebihnya, kedua-dua model ini adalah hampir sama iaitu dengan penggunaan cip Snapdragon 865, sokongan 5G dan WiFi 6, Port USB Type-C, 3.5mm audio jack dan dijalankan pada platform Android 10.

Harga Black Shark 3 Pro Malaysia

Untuk kamera, Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro tampil dengan tiga kamera belakang dengan sensor utama 64 Megapixel, lensa sudut lebar 13 Megapixel dan lensa bokeh 5 Megapixel. Manakala untuk selfie pula kedua-dua peranti ini menggunakan sensor 20 Megapixel.

Black Shark 3 boleh didapati dalam warna Lightning Black, Armor Gray, dan Star Silver dengan harga jualan bermula CNY 3,499 (RM2199) untuk model 8GB/128GB. Manakala model Black Shark 3 Pro boleh didapati dalam warna Phantom Black dan Armor Gray dengan harga jualan bermula CNY 4,699 (RM2899) untuk model 8GB/256GB.

Write a Comment

view all comments

*