NVIDIA baru sahaja melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, model terbaru yang hadir dengan cip pemprosesan grafik Ampere yang hadir dengan sejumlah penambahbaikan dari segi prestasi dan juga ciri.

Kad grafik ini adalah untuk mereka yang ingin membina komputer yang mampu menggerakkan permainan komputer moden pada resolusi Full HD dan juga kadar segar semula tinggi tanpa berbelanja terlalu banyak.

Sedikit berbeza dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti, kad grafik ini dikuasakan dengan GPU NVIDIA GA-106 dan mempunyai 12GB memori GDDR6, 4GB lebih banyak berbanding dengan model Ti.

Kami juga mendapat tahu bahawa pembangun-pembangun komponen seperti ASUS dan GIGABYTE juga sudah mula menawarkan kad grafik ini di pasaran tempatan, dan dibawah ialah tanda harga untuk model-model kad grafik yang ditawarkan mereka.

ASUS

GIGABYTE

Menurut ASUS dan GIGABYTE, kad-kad grafik ini sudahpun boleh mula dibeli di kedai-kedai komputer tempatan, tetapi melalui tinjauan kami secara tas talian, rata-rata banyak kedai-kedai ini hanya menawarkan kad grafik ini sebagai pilihan untuk binaan komputer penuh sahaja.

Pada pendapat kami, jika anda sedang memikir untuk membeli komputer baru yang tidak terlalu mahal untuk pelbagai tugasan kerja, pembelajaran ataupun riadah tanpa berbelanja tahap bangsawan, PC dengan kad grafik ini mungkin cukup sesuai untuk anda.

Tetapi jika anda sedang memikirkan untuk menaiktarafkan kad grafik anda sahaja, anda mungkin perlu menanya kepada kedai-kedai komputer kegemaran anda jika mereka akan menjual kad-kad grafik ini secara kendiri di masa akan datang.

Kami juga akan mengemaskini senarai ini dengan harga-harga jenama kad grafik RTX 3060 yang lain apabila kami menerimanya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.