Berita Menarik

Siri Kosmetik: Mengapa Merkuri Digunakan Dalam Kosmetik?

Pembaca : 14
0 0

Seringkali kita dihidangkan berita mengenai lambakan kosmetik mengandungi merkuri yang tidak berlabel atau digelar ‘krim kilo’ dipasaran. Walaupun diberitakan tentang bahaya dan kesan akibat penggunaan kosmetik sedemikian, masih ramai yang menggunakannya. Punca utama: keberkesanan kosmetik ini dapat dilihat dalam tempoh yang singkat.

Image result for krim timbang kilo jpeg

Siaran akhbar Harian Metro

Mengapa merkuri digunakan dalam kosmetik? Bagaimana kesan pemutihan dan kulit yang mulus dapat dicapai dalam masa yang singkat? Apakah kesan sampingan penggunaan kosmetik dengan merkuri? Artikel ini diharap dapat menjelaskan segala persoalan tersebut.

FUNGSI MERKURI DALAM KOSMETIK

Bila disebutkan tentang ‘MERKURI’ selalunya pasti tergambar logam cecair berwarna perak yang terdapat dalam thermometer (jenis lama). Sebenarnya, seperti elemen (logam) lain, merkuri juga boleh wujud dalam keadaan lain yang memberikan warna, bentuk, malah ketoksikan yang berbeza.

Related image

Imej: Cecair merkuri (Wikipedia commons)

Merkuri diperoleh secara natural dalam bentuk logam merah cinnabar (merkuri (II) sulfida). Bahan ini telah digunakan pada zaman lampau sebagai pewarna untuk tembikar dan pinggan mangkuk. Malah, sejarah mencatatkan cinnabar yang berwarna merah ini digunakan juga sebagai kosmetik untuk memberikan rona kemerahan pada wajah (mungkin sebagai blusher atau pemerah pipi).

Image result for cinnabar jpg

Imej: Bongkah cinnabar (Wikipedia commons)

Namun, kini penggunaan merkuri dalam kosmetik adalah berbeza. Terdapat dua bentuk elemen merkuri dalam kosmetik: organik dan inorganik. Merkuri organik (berikatan dengan kumpulan hidrokarbon) seperti thimerosal selalunya digunakan sebagai pengawet antifungus atau antibakteria dalam sediaan kosmetik seperti pembersih kosmetik, cecair maskara, cecair celak. Manakala, merkuri bukan organik (atau garam merkuri) seperti merkuri ammonia, merkuri (II) klorida digunakan sebagai elemen pemutih kulit dalam krim atau sabun kosmetik.

BENARKAH MERKURI TINGGAL LAMA DALAM SISTEM TUBUH?

Fungsi thimerosal sebagai antifungus boleh dibaca dalam artikel berkaitan vaksin. Vaksin diambil secara berkala dan memberikan waktu thimerosal dimetabolismakan menjadi ethyl mercury yang boleh dinyahkan dari tubuh dalam masa 7-14 hari. Penggunaan kosmetik adalah kerap sehari-hari dan menyebabkan logam merkuri berada lama terkumpul dalam sistem tubuh kita.

Image result for thimerosal structure jpg

Thimerosal

Merkuri tak organik yang digunakan sebagai krim pemutih pula mampu diserap tubuh dengan efisyen melalui permukaan kulit. Merkuri dalam bentuk ini biasanya mempunyai jangka hayat dalam tubuh yang lebih panjang – sekurang-kurangnya dua minggu ke sebulan. Malah, penggunaan kerap dan berkala menyebabkan ia terkumpul dalam tubuh dengan amaun yang tinggi.

BAGAIMANA MERKURI ‘MENCANTIKKAN’ KULIT

Merkuri digunakan dalam krim dan sabun kosmetik sebagai pencerah kulit. Biasanya produk mengandungi merkuri menjanjikan kulit yang cerah dan mulus dalam tempoh yang singkat. Tetapi penggunaan berterusan menyebabkan kulit semakin menipis dan mendatangkan kerengsaan. Jika berhenti menggunakannya, kesan buruk seperti pigmentasi dan kulit yang bertompok dan berjeragat mula timbul.

Related image

Imej: Mingguan Wanita

Warna kulit kita disebabkan oleh pigmen melanin yang dihasilkan oleh sel-sel melanosit di bawah lapisan epidermis kulit. Penjelasan bagaimana melanosit menghasilkan melanin boleh dibaca di artikel berkaitan hydroquinone disini.

Melanin dihasilkan oleh melanosit melalui tapakjalan melanogenesis. Permulaan penghasilan melanin melalui tindakbalas pengoksidaan asid amino tyrosine. Tindak balas ini memerlukan enzim tyrosinase sebagai pemangkin.

Image result for melanocytes jpg

Imej: Keratan rentas kulit yang menunjukkan sel melanosit (Wikipedia Commons)

Kehadiran merkuri merencat tindakbalas enzim tyrosinase ini. Jadi pigmen melanin tidak dapat dihasilkan oleh melanosit. Kulit tanpa pigmen melanin yang kecoklatan akan menyebabkan kita kelihatan pucat tanpa warna.

Related image

Imej: Lapisan melanosit pada kerratan rentas epidermis kulit (Wikipedia commons)

Merkuri juga mampu bertindakbalas dengan kumpulan sulfidril dalam amino asid pelbagai protein. Ini akan merencat fungsi protein tersebut dan menyebabkan sel-sel kita mati. Melanin juga berfungsi melindungi kulit dari sinaran ultralembayung yang merosakkan sel. Natijahnya, kulit kita akan mengelupas dan mendedahkan sel-sel epidermis yang baru.

KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN MERKURI DALAM KOSMETIK

Merkuri, seperti yang telah djelaskan di atas, adalah bersifat menghakis lapisan epidermis kulit. Penggunaan yang berterusan akan menyebabkan kulit mudah mengalami kerengsaan, tiada perlindungan dari selaran cahaya matahari, dan menyebabkan kulit sangat sensitif terhadap rangsangan.

Image result for melanocytes uv jpg

Penggunaan kosmetik merkuri secara berterusan juga menyebabkan pengumpulan merkuri yang diserap melalui kulit dalam sistem tubuh. Merkuri mampu merencat pelbagai jenis enzim, terutama enzim acetylcholinesterase yang mengimbangi neuropemancar di celahan neuron-neuron (baca disini berkaitan acetylcholinesterase). Ini menyebabkan gejala seperti pengembangan salur darah (yang menyebabkan kulit kelihatan merah). Ia juga dikatakan mampu menyebabkan kematian saraf-saraf (neuropathy).

Keracunan merkuri akibat penggunaan kosmetik juga telah dikaitkan dengan gejala kerosakan buah pinggang.

HENTIKAN PENGGUNAAN KOSMETIK MENGANDUNGI MERKURI

Jika tiada permintaan, tiadalah penawaran kosmetik begini.

Kosmetik berasaskan merkuri selalunya menjanjikan hasil yang singkat. Ia juga menggunakan warna yang terang bagi melindungi warna kompaun merkuri yang memberikan warna kekelabuan dan tidak menarik. Kosmetik berkaitan juga ditambah haruman yang kuat bagi melindungi bauan bahan kimia yang menyebabkan rasa tidak selesa pengguna.

Image result for krim timbang kilo jpeg

Tak perlu berlumba-lumba menjadi putih melepak bak salju, jika ia akhirnya membawa mudarat. Jika anda mempunyai masalah kulit, janganlah menggunakan jalan singkat. Berjumpalah doktor dan kenal pasti masalah anda. Jika mahu menggunakan produk kosmetik, pastikan ia mempunyai notifikasi KKM dan dikilang dengan status GMP.

RUJUKAN

Brzóska MM, Galażyn-Sidorczuk M, Borowska S. Metals in Cosmetics. InMetal Allergy 2018 (pp. 177-196). Springer, Cham.

Ababneh FA, Al-Momani IF. Assessments of toxic heavy metals contamination in cosmetic products. Environmental Forensics. 2018 Apr 3;19(2):134-42.

Ho YB, Abdullah NH, Hamsan H, Tan ES. Mercury contamination in facial skin lightening creams and its health risks to user. Regulatory Toxicology and Pharmacology. 2017 Aug 1;88:72-6.

Barr RD, Woodger BA, Rees PH. Levels of mercury in urine correlated with the use of skin lightening creams. American journal of clinical pathology. 1973 Jan 1;59(1):36-40.

Ori MR, Larsen JB. mercury Poisoning in a Toddler from Home Contamination due to Skin-lightening Cream. The Journal of pediatrics. 2018 May 1;196:314-7.

Hong-Xin N, Shen-Heng L, Hong-Ying L, Yi-Hua C, Wei-Wei L, Pei-Lin L, Long HB. Clinicopathological features, diagnosis, and treatment of IgA nephropathy with minimal change disease related to exposure to mercury-containing cosmetics: a case report. Clinical nephrology. 2017 Apr 1;87(4):196.

Chan TY. Inorganic mercury poisoning associated with skin-lightening cosmetic products. Clinical toxicology. 2011 Dec 1;49(10):886-91.

Weldon MM, Smolinski MS, Maroufi A, et al. Mercury poisoning associated with a Mexican beauty cream. Western Journal of Medicine. 2000;173(1):15-18.

http://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/mercury_flyer.pdf?ua=1

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.