Samsung telah pun memperkenalkan siri Samsung Galaxy S21 secara rasminya pada awal pagi ini, sekaligus memperlihatkan harga jualan untuk pasaran tempatan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, ia tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak jualan. Lagi satu perkara yang turut tidak disertakan pada peranti berkenaan adalah sokongan kad mikro-SD.

Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menambah storan tambahan pada telefon pintar – terutamanya jikalau anda merakamkan video 8K, dan memerlukan storan tambahan.

Sebelum ini, Samsung pernah turut membuatn slot mikro-SD pada Galaxy S6 beberapa tahun lepas, tetapi mengembalikannya semula pada Galaxy S7 selepas dikritik ramai pengguna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.