Siri Vivo X60 merupakan peranti terkini daripada jenama berkenaan dan ia telah disahkan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Meskipun Vivo Malaysia masih cuba berteka-teki mengenai tarikh pelancarannya. Namun begitu, ia sebenarnya telah mula dikongsi menerusi laman web rasmi Vivo Malaysia – di mana, ia dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2021 kelak.

Namun begitu, Vivo masih belum berkongsi lanjut mengenai model yang bakal ditawarkan dan spesifikasi pada peranti. Sebaliknya, mereka sekadar mengacah sebahagian ciri menarik padanya. Ia termasuklah – sokongan penstabilan lebih baik, keupayaan penggambaran malam dipertingkatkan dan dijana cip Snapdragon 870. Selain itu, ia juga dilihat bakal ditawarkan dalam dua pilihan warna yang berbeza – seperti Shimmer Blue atau Midnight Black.

Dalam pada itu, Vivo turut telah memulakan pendaftaran minat untuk siri ini – dimana pengguna yang mendaftar akan dihubungi apabila produk berkenaan telah sedia untuk dibeli. Seperti biasa, segala persoalan utama yang bermain di fikiran – terutamanya berkaitan harga jualan bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.