TechSemut Malaysia

Sistem ICPS untuk pengangkutan awam sedia pada 2019

Sistem ICPS untuk pengangkutan awam sedia pada 2019

Ogos 12
04:50 2017
Share Button

Kita mungkin akan dapat melihat alternatif kepada penggunaan Touch n Go, apabila kerajaan mengumumkan mahu melaksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) sepenuhnya bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2019.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong dalam jawapannya kepada soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Tambah beliau, Ia dijangka dilaksanakan sepenuhnya di perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, KTM Komuter dan bas dalam bandar.

Terdapat penerangan lebih mendalam tentang sistem ICPS di laman web SPAD. Antara kelebihan yang ditawarkan ICPS adalah perjalanan tanpa halangan antara tren berlainan laluan. Perkara sebegini mungkin boleh dilaksanakan seperti yang terdapat di Berlin atau Barcelona, di mana pengguna dicaj mengikut masa.

Kad Touch n Go rekaan RapidKL di pintu masuk MRT

Di Barcelona, tidak kira menggunakan bas atau tren, pengguna boleh menaiki mana-mana pengangkutan awam dalam masa 90 minit dari sentuhan pertama tiket, tanpa caj tambahan ketika bertukar pengangkutan. Contohnya, keluar masuk bas atau keluar dari tren laluan ampang kemudian berjalan ke laluan kelana jaya hanya satu caj, asalkan dalam masa 90 minit.

Laman web SPAD juga menyatakan pelbagai cara bayaran elektronik boleh digunakan untuk ICPS seperti prabayar, kad bank/debit, serta pembayaran mudah alih seperti Apple Pay dan Android Pay.

Kiosk tambah nilai Touch n Go di beberapa stesen tren

Sebelum ini, RapidKL yang menguruskan pengangkutan awam di Malaysia seperti tren dan bas, menggunakan kad MyRapid dan Touch n Go sebagai medium pembayaran tanpa tunai. Tetapi akd MyRapid dihentikan penggunaannya dan ini meninggalkan hanya Touch n Go. Walaupun tambang tren dan bas lebih rendah menggunakan kad Touch n Go, tambah nilai kad ini di kebanyakan stesen tren dikenakan caj tambahan.

Adakah ICPS akan berfungsi seperti kad MyRapid atau lebih lagi dari apa yang Touch n Go boleh tawarkan? Paling penting, ia mestilah mudah digunakan dan mengurangkan kesesakan semasa menaiki pengangkutan awam di Lembah Klang.

[SUMBER: SinarHarian, SAYS]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com