Netflix mengumumkan perancangan mengubah sistem penilaian kandungan berdasarkan jumlah bintang kepada sistem lebih mudah pada bulan lalu. Sistem baru yang berdasarkan 👍dan👎kini sudahpun diaktifkan. Ia amat mirip sistem yang digunakan di Facebook dan YouTube.

Melalui sistem baru ini Netflix akan menggunakan algoritma untuk memberikan saranan kandungan yang lebih menepati minat pengguna. Perubahan ini dilakukan bagi mengikut trend semasa di media sosial. Ia turut memudahkan lagi Netflix untuk melihat kandungan manakah yang diminati oleh jutaan pengguna mereka. Persoalannya sekarang adakah pengguna 👍 sistem baru ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.