TechSemut Malaysia

SK Hynix Memperkenalkan Memori Grafik GDDR6 – Bakal Hadir Pada Suku Keempat 2017

SK Hynix Memperkenalkan Memori Grafik GDDR6 – Bakal Hadir Pada Suku Keempat 2017

SK Hynix Memperkenalkan Memori Grafik GDDR6 – Bakal Hadir Pada Suku Keempat 2017
Mei 22
08:24 2017

Cip memori grafik GDDR5 sudahpun digunakan untuk satu jangka-masa yang agak lama. Kad grafik pertama yang menggunakan teknologi memori ini dikatakan AMD Radeon HD 4870 pada tahun 2008. Teknologi GDDR5 ini digunakan secara meluas, dan ditambah-baik sehinggalah kehadiran GDDR5X yang digunakan oleh kad grafik NVIDIA GTX 1080 dan 1080 Ti.

SK Hynix, syarikat cip memori dari Korea baru sahaja mengumumkan kehadiran cip memori terbaru GDDR6 di dalam katalog mereka, Menurut katalog tersebut, SK Hynix mempunyai dua model cip memori GDDR6, iaitu H56C8H24MJR-S2C dan H56C8H24MJR-S0C yang hadir dalam konfigurasi 8GB dan mempunyai kadar penghantaran data 14 dan 12 GT/s (Gigatransfer per second).

Kadar penghantaran data memori GDDR6 ini 2-4GT/s lebih laju daripada memori GDDR5, manakala bandwidth kedua-dua cip ini ialah 48GB/s dan 56GB/s, 8-16GB/s lebih laju dari cip memori terlaju GDDR5. Menariknya, memori GDDR6 ini juga menggunakan jumlah tenaga yang lebih rendah pada 1.35V berbanding dengan memori GDDR5 yang menggunakan 1.5V.

Menurut katalog SK Hynix juga, memori GDDR6 ini akan hadir di pasaran sekitar suku keempat tahun 2017, walaupun buat masa ini, pihak JEDEC (Joint Electron Device Engineering Council) masih lagi belum memuktamadkan spesifikasi memori GDDR6 ini untuk penggunaan umum.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com