Skeptikal Dengan Penjejakan Lokasi Google? Ini Cara Untuk Mematikannya!

Zaman moden sekarang, data adalah segalanya. Tanpa data dari pengguna, tiada iklan yang boleh dipaparkan, tiada cadangan carian yang boleh diberi, tiada kecerdasan buatan yang benar-benar pintar dan banyak lagi. Data ini juga termasuklah data lokasi pengguna, yang mana sentiasa diketahui oleh Google walaupun lokasi telah dimatikan pada peranti dan tidak berhubung ke Internet.

Jika anda risau atau skeptikal mengenai pengumpulan data lokasi oleh Google, sebenarnya ia boleh dimatikan sepenuhnya. Secara teknikal ia tidak boleh dimatikan, sebaliknya hanya boleh dijeda agar Google berhenti seketika menjejak lokasi kita. Dalam artikel ini, akan saya tunjuk ajar bagaimana caranya.


Apa Yang Perlu Dimatikan?

Untuk memastikan Google menjeda segala penjejakan lokasi kita, kita perlu matikan dua perkara; i) Location History dan ii) Web & App Activity. Apakah dua perkara ini? Location History adalah data lokasi di mana pengguna berada bersama-sama dengan peranti. Ia akan dijejak walaupun pengguna tidak menggunakan sebarang perkhidmatan Google. Melalui sejarah data inilah, Google boleh memberi cadangan pada aplikasi Maps – seperti cadangan destinasi yang patut di lawat atau restoran yang patut di kunjung. Manakala, Web & App Activity adalah data yang disimpan berdasarkan akaun Google yang dilog masuk. Ia adalah data apabila mana-mana perkhidmatan atau aplikasi Google mula digunakan, seperti Google Search dan sebagainya.

Mematikan Penjejakan Lokasi Pada Peranti Android

Langkah 1) Bukan tetapan, cari dan pilih “Google“.

Langkah 2) Kemudian tekan “Manage your Google Account“.

Langkah 3) Seterusnya pilih “Data & personalization“.

Langkah 4) Akan terdapat “Activity controls” terpapar, padanya matikan “Location History” dan “Web & App Activity

Seperti yang saya katakan awal tadi, sebenarnya kita tidak boleh mematikan penjejakan lokasi sepenuhnya. Google hanya memberi pengguna untuk menjeda penjejakan lokasi dan ia boleh sahaja kembali menjejak pada bila-bila masa. Disebabkan saya jenis yang tidak skeptikal dan risau, saya akan biarkan sahaja.

Mematikan Penjejakan Lokasi Pada Peranti iOS

Langkah yang lebih kurang sama dan mudah, cuma ia sedikit berbeza.

Langkah 1) Pastikan anda mempunyai aplikasi “Google” terpasang, agar proses mematikan penjejakan lokasi lebih mudah.

Langkah 2) Tekan gambar profil dan pilih “Manage your Google Account”.

Langkah 3) Pilih “Personal info & privacy” dan skrol kepada “Manage your Google activity”.

Langkah 4) Pada bahagian ini akan terdapat “Activity controls”, tekan dan lakukan langkah yang sama seperti pada peranti Android tadi.

Mematikan Penjejakan Lokasi Pada Peranti Windows/macOS

Juga lebih kurang sama, ia lebih mirip dengan cara di Android.

Langkah 1) Bukan laman web Google.com pada mana-mana pelayar web.

Langkah 2) Pastikan akaun Google anda telah sedia dilog masuk, tekan gambar profil dan pilih “Google Account”.

Langkah 3) Tekan “Data & personalization“.

Langkah 4) Cari “Activity controls” dan lakukan langkah yang sama seperti pada peranti iOS atau Android.

This slideshow requires JavaScript.


Apa yang anda perlu ketahui adalah, segala data-data lokasi lama akan disimpan oleh Google dan hanya akan dibuang selepas tiga bulan atau lapan belas bulan. Data ini juga hanya akan dipadam atas pilihan pengguna sahaja, ini bermakna selepas penjejakan lokasi ini dimatikan – pengguna bebas memilih untuk simpan atau padam data yang telah dikumpul Google.

Ini bermakna, jika anda menggunakan mana-mana aplikasi atau perkhidmatan Google selepas penjejakan dimatikan – mana-mana fungsi pintar atau cadangan adalah berdasarkan data lama. Jadi ia mungkin akan kurang tepat dan iklan yang terpapar akan menjadi pelik dan bukan yang ingin kita lihat.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.