Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengeluarkan peringatan kepada pengguna, supaya berhati-hati dan berwaspada ketika melayari laman cari teman.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan fungsi cari teman, atau percintaan atas-talian. SKMM menekankan supaya pengguna sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Pengguna perkhidmmatan seumpamaya sering terdedah kepada risiko scam percintaan, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual. Sebelum ini sendiri, kita sedia mendengar beberapa orang yang tertipu dengan scam percintaan dan kerugian wang ringgit.

Ibu bapa dan penjaga juga turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi tingkah laku atas-talian anak dibawah jagaan masing-mamsing, dan peka terhadap perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan.

Perkongsian pihak SKMM ini hadir daripada penularan sebuah perkhidmatan dinamakan Sugar**** akhir-akhir ini. SKMM menekankan yang mana mereka akan terus memantau dan menyiasat aplikasi berkenaan, selain mengambil tindakan sekiranya pengguna dan pemilik platform didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.