Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengumumkan jemputan untuk pemasangan dan pembekalan perkhidmatan jalur-lebar m melalui satelit di lebih 839 lokasi melibatkan Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Penggunaan akses jalur-lebar melalui satelit ini menyasarkan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia merangkumi 178 lokasi, Sabah sebanyak 138 lokasi dan Sarawak sebanyak 523 lokasi.

Penggunaan satelit digunakan kerana kesukaran capaian disebabkan bentuk muka-bumi, kepadatan penduduk dan beberapa perkara lain.

SKMM menyasarkan perkhidmatan ini tersedia menjelang Oktober 2021 ini, dan menawarkan akses WiFi percuma dengan purata kelajuan 35Mbps.

Pembangunan projek ini dikatakan adalah sebahagian dibawah inisiatif JENDELA yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini dalam usaha menawarkan akses digital kepada semua penduduk di Malaysai.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.