TechSemut Malaysia

SKMM Mengeluarkan Panduan Dan Peringatan Untuk Pentadbir Kumpulan Di Aplikasi Permesejan

SKMM Mengeluarkan Panduan Dan Peringatan Untuk Pentadbir Kumpulan Di Aplikasi Permesejan

SKMM Mengeluarkan Panduan Dan Peringatan Untuk Pentadbir Kumpulan Di Aplikasi Permesejan
Mei 03
21:01 2017

Sejak seminggu yang lepas, isu mengenai peringatan untuk kesalahan menyebar berita palsu melalui aplikasi permesejan telah ditekankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini SKMM turut telah mengeluarkan panduan khusus untuk para pentadbir kumpulan dalam aplikasi permesejan – tidak kira pada WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger, dan sebagainya.

Menurut SKMM, para pentadbir kumpulan dalam aplikasi permesejan perlulah:

  1. Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan
  2. Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
  3. Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
  4. Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
  5. Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
  6. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.

Pada masa yang sama, pentadbir kumpulan perlulah mengelak daripada:

  1. Menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
  2. Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)
  3. Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
  4. Membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
  5. Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
  6. Menganggu / menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

SKMM Group Admin

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com