SKMM – Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

Minggu ini negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja membunuh diri di Sarawak selepas melakukan undian di Instagram. Sebanyak  69% responden menyuruh gadis berusia 16 tahun tersebut untuk membunuh diri dan beliau terjun dari sebuah bangunan. Insiden tragis ini mendapat liputan media luar negara dan menunjukkan bahaya media sosial ke atas insan yang mengalami tekanan jiwa.

SKMMPihak SKMM semalam mengeluarkan kenyataan adalah menjadi kesalahan untuk menyubahati perlakuan kesalahan membunuh diri oleh orang berumur kurang daripada 18 tahun. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan denda menurut Seksyen 305 Kanun Keseksaan. Pihak SKMM kini bersedia untuk memberikan batuan serta maklumat teknikal sekiranya diperlukan pihak polis untuk menyiasat insiden ini.

Mereka juga menyeru orang ramai untuk segera melaporkan sebarang insiden ingin membunuh diri kepada pihak polis bagi mengelakkan ia dari berlaku. Bagi mereka yang mengalami kemurungan, talian The Befriendsers boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan kaunseling dan emosi. Ini boleh dilakukan dengan menghantar e-mel [email protected] atau talian telefon 24 jam 03-7956 8145.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.