SKMM : TM dan Maxis Akan Menaik-Taraf Perkhidmatan ADSL Ke Gentian Optik Secara Berperingkat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka telah bertemu dengan syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyelesaikan beberapa masalah berkaitan penawaran pakej jalur-lebar. Salah satu perkara yang turut disentuh oleh SKMM dalam perbincangan berkenaan adalah termasuk perkhidmatan Streamyx.

Bercakap mengenainya, SKMM mengatakan TM dan Maxis bercadang untuk menaik-taraf perkhidmatan ADSL ke gentian optik secara berperingkat. Hal ini dilihat selari dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini dalam beralih daripada rangkaian berasaskan kuprum kepada rangkaian berasaskan fiber sepenuhnya dalam tempoh sekitar lima tahun lagi.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin sedikit mendukacitakan pengguna perkhidmatan ADSL ini adalah kerana harga yang perlu dibayar masih tinggi – dan dilihat tidak diberikan perhatian oleh syarikat telekomunikasi, dan turut tidak disentuh oleh pihak SKMM melalui pengumuman baru ini.

Mungkin kita perlu nantikan lebih lama lagi untuk mendengar pengumuman berkaitan hal penurunan harga ini daripada TM atau Maxis, mahupun daripada SKMM sendiri.

SKMM 13 Oktober

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.