Kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran mempunyai panel belakang yang hampir sama – sama ada aluminium atau juga panel kaca. Menjadikan sesebuah peranti itu lebih menarik adalah panel belakang yang lutsinar seperti HTC U12+ atau Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Kini, memiliki sebuah telefon pintar lutsinar boleh jadi kenyataan dengan pelekat vinil dari Slickwraps.

Slickwraps menawarkan pelekat vinil 3M dengan cetakan 3D yang menampakkan rekaan dalaman peranti. Idea panel belakang yang lutsinar ini dimulakan oleh YouTuber terkenal JerriRigEverything.

Bagi yang tidak kenal Slickwraps, mereka adalah syarikat yang menghasilkan pelekat vinil seperti DBRAND. Membezakan DBRAND dengan Slickwraps adalah – Slickwraps mempunyai pilihan rekaan yang lebih banyak dan turut boleh menempah pelekat vinil dengan rekaan tersendiri.

Beberapa tahun lepas, sempena Samsung Galaxy S6 Edge edisi Iron ManSlickwraps turut melancarkan pelekat vinil Hero Wrap untuk banyak peranti lain.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.