Smartphone Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilancarkan 12 March Ini

Nubia Red Magic 5G Malaysia

Nubia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan peranti permainan mudah alih Nubia Red Magic 5G pada 12 March ini. Peranti premium ini akan bawakan skrin dengan kadar segar semula 144Hz. Ianya antara peranti terawal menggunakan panel 144Hz mengatasi pesaingnya Asus ROG Phone II dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini juga dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.65 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixels.

Di bahagian dalamnya, smartphone untuk permainan mudah alih ini sudah tentu bawakan cip yang berkuasa dengan Snapdragon 865, 12GB LPDDR5 RAM dan ruang memori sebesar 256GB. Nubia juga dikatakan akan hadir dengan variasi 16GB RAM untuk peranti ini. Seperti model sebelum ini Nubia Red Magic 3S, model baru ini juga akan hadir dengan bateri 5000 mAh namun dengan pengecasan yang lebih pantas iaitu 55W.

Nubia Red Magic 5G berkebolehan menggunakan rangkaian 5G melalui modem Snapdragon X55. Ia juga akan memiliki sistem penyejuk aktif dengan kipas tersedia dibahagian dalam untuk menambah baik pengudaraan komponen dan juga mengurangkan suhu. Untuk kamera, Nubia Red Magic 5G akan hadir dengan aturan tiga kamera dimana kamera utamanya menggunakan sensor 64MP Sony IMX686.

Untuk spesifikasi penuh dan harga Nubia Red Magic 5G, sama-sama kita nantikan pada 12 March ini.

Write a Comment

view all comments

*