TechSemut Malaysia

Smartphone High-End Nokia P1 Dijangka Hadir Di MWC 2017

Smartphone High-End Nokia P1 Dijangka Hadir Di MWC 2017

Smartphone High-End Nokia P1 Dijangka Hadir Di MWC 2017
Januari 26
14:09 2017

Nokia P1

Selepas pelancaran Nokia 6 yang merupakan peranti mampu milik dari Nokia, terdapat pelabgai desas-desus mengenai peranti Nokia seterusnya yang bakal dilancarkan. Antara salah satunya ialah Nokia P1 yang dikatakan akan menyertai pasaran peranti kelas perdana.

Menurut laporan dari Rusia, Nokia P1 akan berasaskan smartphone Sharp Aquos Xx3 yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Namun sudah tentunya akan diperkenalkan dengan spesifikasi yang telah ditambah baik.

Menurut sumber juga, Nokia P1 akan dilengkapi dengan paparan Sharp IGZO 120Hz bersaiz 5.3 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Pelindung skrin dari Gorilla Glass juga digunakan untuk peranti ini. Di bahagian dalamnya sudah tentu hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 835 berserta 6 GB RAM serta pilihan memori dalaman 128GB  dan 256GB. 

Tidak menghampakan, Nokia P1 dijangka hadir dengan sistem kamera yang terbaik dari kelasnya. Ia bakal hadir dengan 22.6 Megapixel kamera utama dan sudah tentunya hadir dengan kanta Carl ZEISS seperti mana yang terdapat pada smartphone Nokia sebelum ini.

Antara spesifikasi Nokia P1 yang tertiris seperti di bawah :

  • Skrin 5.3-inch (1920 × 1080 pixels) Full HD Sharp IGZO 120Hz
  • Pemproses Snapdragon 835 Octa-Core dengan Adreno 540 GPU
  • 6 GB RAM , Pilihan memori 128GB atau 256GB serta microSD sehingga 256GB
  • Platform Android 7.0 (Nougat)
  • Kamera utama 22.6MP dengan dual-tone LED Flash, kanta Carl ZEISS, perakam 4K Video
  • Kalis air dan debu (IP55 / IP57)
  • Ultrasonic fingerprint sensor
  • 4G LTE, dual-band Wi-Fi 802.11ac (MIMO), Bluetooth 4.2 LE, GPS
  • Bateri 3500mAh dengan Pengecasan pantas (Quick Charge 4)

Nokia P1 dijangka akan diumunkan pada MWC 2017 yang akan berlansung pada Febuari ini. Untuk harganya Nokia P1 dijangka hadir dengan harga sekitar USD800 (sekitar RM3500) untuk model 128GB dan USD950 (sekitar RM4200) untuk versi 256 GB.

Sumber : PhoneArena

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com