Honor 8 Pro

Seperti juga jenama-jenama telefon pintar yang lain, Honor juga tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian pada acara MWC2017 yang akan berlansung tidak lama lagi bagi memperkenalkan keluaran smartphone baru dari mereka. Pada MWC2017 kali ini Honor dijangka akan hadir dengan smartphone perdana iaitu Honor 8 Pro.

Menurut sumber, Honor 8 Pro merupakan model antarabangsa yang sebelum ini dikenali sebagai Honor V9 yang akan diumumkan di pasaran China pada 21 Febuari ini. Ia merupakan variasi kepada Honor 8 dan juga Honor 8 Lite dengan spesifikasi yang telah ditingkatkan.

Dari segi spesifikasi, Honor 8 Pro hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci pada resolusi Quad-HD (1440 x 2560 pixels). Peranti ini juga dijalankan dengan platform terbaru Android 7.0 Nougat beserta 6 GB RAM serta ruangan memori sehingga 128 GB.

Honor v9Gambar Smartphone Honor V9 yang tertiris sebelum ini

Untuk kamera, Honor 8 Pro akan dimuatkan dengan Dual 12 Megapixel kamera dan juga 8 Megapixel untuk lensa selfie. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari dan bateri 3900 mAh.

Untuk rekaanya sudah tentu kelihatan seperti model Honor V9 yang tertiris sebelum ini. Menurut sumber juga peranti ini akan dipasarkan sekitar bulan March.

Sumber : GSMArena

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.