Snap Bag Ialah Beg Sampah Yang Direka Khusus Untuk Kereta

Setiap tahun ketika musim perayaan lambakan sampah di Lebuhraya Pantai Timur akan tular di media sosial sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap penduduk negeri-negeri pantai timur. Pada waktu yang sama video orang membuang sampah dari tingkap kereta juga kerap dikongsi. Ini berlaku kerana di dalam kereta tidak wujud tempat tong sampah yang cukup besar disertakan.

Snap Bag ialah beg sampah yang direka khusus untuk digunakan di dalam kereta. Ia disangkut terus pada kerusi kereta dengan tali pengikat pada bahagian bawah bagi mengekalkan kedudukannya. Ia mempunyai bahagian penutup magnetik yang memastikan sampah yang dimasukkan tidak terkeluar dan memastikan bau busuk tidak mencemari ruang kabin.

Dengan saiznya yang besar pelbagai jenis sampah boleh dimasukkan kedalamnya. Kini tiada lagi alasan sampah dicampak keluar dari kenderaan. Buat masa ini Snap Bag mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter pada harga bermula $29 (~RM 120) sebuah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.