Soalan Untuk Saintis : Dr Noor Liyana Yusof

Dr Noor Liyana Yusof
Pensyarah Kanan
Jabatan Teknologi Makanan UPM

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Noor Liyana Yusof. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia.

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Penyelidikan kali ini masih bertumpu kepada penggunaan teknologi vakum impregnasi di dalam bidang teknologi makanan di Malaysia dan meneroka potensi penyelidikan bagi meningkatkan jangka hayat dan kualiti tisu tumbuhan i.e. buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya turut menjadikan projek PhD sebelum ini sebagai asas bagi kesinambungan penyelidikan kerana baru setahun pulang ke Malaysia.

Juga banyak memberi fokus terhadap kerja-kerja penyelidikan pelajar tahun akhir saya dalam bidang pemprosesan makanan kerana hasil penyelidikan mereka menjadi foundation untuk penyelidikan yang lebih berimpak tinggi.

Fokus utama juga adalah dalam mendapatkan geran penyelidikan baik dari universiti, institusi kerajaan, atau industry in order to start the ball rolling.

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Niat saya hanya satu. Tidak banyak, sedikit dari hasil penyelidikan yang dijalankan haruslah menyumbang balik kepada masyarakat. Ini adalah prinsip fundamental kepada mana-mana kerja penyelidikan yang saya jalankan.

Umum mengetahui, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah komoditi yang cepat rosak. Justeru, penyelidikan bertumpu kepada bagaimana aktiviti metabolik dan respirasi tisu tumbuhan dapat dikawal atau direndahkan walau disimpan dalam cuaca panas seperti Malaysia ini agar jangka hayat dapat dipanjangkan. Kesannya, para peniaga buah dan sayur dapat menjual hasil tanaman mereka selama mungkin tanpa perlu risau akan kualiti dan kos penyimpanan di bilik sejuk.

Hasil kajian PhD yang mendapat liputan meluas akhbar dan media di Sweden bertajuk “All children can eat spinach – when the scientist has removed nitrate” (2017).

Di mana tempat bertugas sekarang? 

Saya kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia dan sebagai Associates Researcher di Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM. Kumpulan penyelidikan – Food Processing and Nonthermal Technology

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

  • Bermula sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2009 di mana saya perlu menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD dan bertitik tolak dari situlah kerjaya akademik saya bermula.
  • Ijazah Sarjana di Wageningen University, The Netherlands (2010-2012) – European Master in Food Studies
  • PhD di Lund University, Sweden (2013-2017) dalam bidang Food Technology.
Bersama-sama penyelia PhD dan sekumpulan rakan penyelidik di bawah research group Food Technology ketika berada di Lund University, Sweden (2017).

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Sejujurnya, saya tidak menetapkan satu figura tertentu sahaja sebagai idola. Idola berubah mengikut perubahan waktu dan usia dan setiap individu mempunyai jalan cerita berbeza. Umum mengaitkan kejayaan dan idola. Itu cliché. Kualiti dan nilai hidup yang ada pada seseorang individu membuatkan saya lebih memandangnya.

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Setiap orang mempunyai kisah tersendiri semasa menjalankan pengajian PhD. Apa yang boleh saya katakan, dealing with nature is not easy (read: spinach) J. Banyak eksperimen saya gagal di awal pengajian walaupun saya telah mencuba sehabis baik. Ada ketika rasa down itu datang, tapi saya tidak menyesal kerana ianya membawa pengakhiran yang sangat manis.

Kematian rakan baik dalam nahas MH17 – Saya hilang momentum.

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Determination, selain sifat ingin tahu.

Pengalaman paling menarik?

  • Peluang melihat aurora borealis di kutub utara, Tromso, Norway
  • Peluang mengenali dan bercakap sendiri dengan nama-nama besar dalam bidang Teknologi Makanan
  • Dapat melawat negara-negara yang pernah diimpikan sebelum ini
  • Perjalanan PhD itu sendiri, samada susah senang, pengalaman hidup di negara asing dan mengenali individu yang terlibat along the journey, which I wouldn’t trade it off.
Pengalaman 4 jam menyaksikan keindahan aurora borealis di Tromso, Norway di kedudukan 350 kilometer di utara Arctic Circle dengan keadaan suhu – 20 ̊C di bawah paras beku (2015).

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Mereka yang meminati sains adalah bertuah kerana bidang ini sentiasa berkembang dan tidak pernah ada sempadan. Sains dan penyelidikan saling berkait rapat. Justeru, menyelidik mebuatkan kita menemui sesuatu yang belum ditemui dan bagaimana dan kenapa ianya berlaku membuka satu lagi cabang kepada penemuan yang baru. Paling penting, be determined and humble.

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Saya gemar melancong jika keadaan dan masa mengizinkan. Traveling is a way of recovery. Selain baking, banyak masa saya habiskan dengan Netflix J. I do golf sometimes and currently learning piano.

18total visits,14visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.