SOCAR Kini Hadir Dengan 2000 Buah Kereta Di 1000 Lokasi Di Semenanjung Malaysia

SOCAR ialah sebuah perkhidmatan sewa kenderaan menggunakan aplikasi yang mudah digunakan, dan tidak memerlukan interaksi yang banyak dengan orang lain.

Apabila ia mula dilancarkan pada bulan Januari 2018, mereka tiba dengan beberapa buah kereta sahaja di 240 zon di sekitar Lembah Kelang.

Kini, di suku terakhir 2019, mereka mempunyai 2000 buah kenderaan yang terdiri daripada 26 jenis model di 1000 lokasi di sekitar Semenanjung Malaysia, khususnya Lembah Kelang, Pulau Pinang dan juga Johor.

Dalam pada itu, SOCAR juga dilihat mengembangkan perkhidmatan penghantaran kereta sewa mereka, SOCAR2U ke 10 lokasi tambahan, termasuklah Kota Damansara, SS15 Subang Jaya, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, TTDI, Damansara Utama, Seapark dan Sunway untuk RM10 sahaja.

SOCAR juga menunjukkan beberapa fakta menarik mengenai para pengguna mereka, termasuklah:

  • Buah strawberi merupakan barang yang paling banyak ditinggal oleh pengguna SOCAR
  • Perodua Axia, Myvi dan Toyota Vios merupakan tiga kenderaan yang paling banyak disewa oleh pengguna
  • Seorang pelanggan telah menyewa kenderaan yang sama untuk 231 kali
  • 3 lokasi dimana kenderaan SOCAR paling banyak disewa ialah Semenyih, Serdang dan Cyberjaya

Dalam pada itu, Leon Foong, CEO SOCAR Malaysia mengumumkan bahawa syarikat tersebut mempunyai pelan untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke Sabah dan Sarawak, terutamanya Kota Kinabalu, tetapi tidak mengulas lanjut mengenai pelan itu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.