SoCar Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan GrabPay

Menerusi SoCar, anda boleh menyewa kenderaan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. SoCar telah menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan mereka di Malaysia sejak Januari tahun lalu. Hari ini mereka mengumumkan sokongan pembayaran menggunakan dompet nirtunai GrabPay.

SoCar MalaysiaMenerusi kerjasama ini, pengguna GrabPay boleh menyewa kenderaan SoCar di seluruh negara. Sebelum ini SoCar hanya menyokong pembayaran menerusi kad kredit dan debit sahaja. Kelebihan lain yang ditawarkan ialah anda boleh mengumpul mata wang GrabReward sama seperti anda menggunakan perkhidmatan Grab lain seperti GrabFood.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.