Huawei Mate 20 adalah peranti mercu Huawei yang dilancarkan pada tahun 2018. Ia dijana dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 980, menggunakan skrin 6.39″ QHD+ OLED HDR, sistem tri-kamera 40+20+8 Megapixel, sekuriti imbasan wajah 3D dan banyak lagi. Ia juga merupakan peranti Mate terakhir hadir dengan GMS.

Usia peranti ini tahun ini baru sahaja mencecah dua tahun lebih. Hanya pada Oktober kelak baru ia mencapai usia 3 tahun. Tetapi Huawei nampaknya menamatkan riwayat peranti ini pada usia dua tahun lebih sahaja. Siri peranti Huawei Mate 20 tidak lagi akan menerima kemaskini. Hanya Mate 20 X 5G sahaja akan diteruskan memberi kemaskini.

Penghentian awal ini mungkin bukan kerana Huawei inginkan, tetapi mungkin terpaksa. Dengan halangan berurusan dengan Amerika Syarikat, Huawei melalui banyak dugaan. Mungkin kemaskini EMUI sahaja yang dihentikan. Kelak jika sudah ada Harmony OS yang stabil mungkin ia akan menerima sokongan sekurang-kurangnya 1 tahun? Atau Huawei akan katakan spesifikasi sudah usang dan tidak menyokong sistem operasi baru?

Sama-sama kita nantikan.

Baca Ulasan Huawei Mate 20 Pro Kami Di Sini

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.