Berita Menarik

Sokongan Samsung Gear 360 Untuk iPhone, Windows Dan Mac Akan Datang Tak Lama Lagi

Pembaca : 12
0 0

Bersama-sama pengenalan Gear 360 (2017), Samsung kini turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sokongan kamera 360-darjah berkenaan untuk pelbagai platform, termasuk untuk iPhone dan pengguna komputer Windows dan Mac.

Pengenalan sokongan ini selari dengan fokus untuk Gear 360 yang menyasarkan kepada kemudahan pengguna membuat penstriman langsung video 360-darjah melaluinya. Membuka sokongan Gear 360 untuk peranti lain juga akan membuatkan lebih ramai pengguna mendapatkannya, serta membuat ia terjual lebih banyak.

Samsung Gear 360

Buat masa ini, sokongan untuk peranti Android lain masih menjadi tanda tanya. Ini mungkin kerana ia memerlukan sokongan pemprosesan yang sedikit tinggi bagi membolehkan kandungan video 360-darjah dan gambar 360-darjah diproses – sekaligus membuatkan ia tidak selari dengan peranti berspesifikasi rendah.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan menerbitkan aplikasi untuk iPhone, serta perisian untuk Windows dan Mac untuk menyokong Gear 360 ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.