Sony Malaysia kini telah pun memulakan pra-tempahan untuk kamera nircermin terbaru mereka, Sony Alpha 1 atau turut dikenali sebagai Sony A1.

Untuk makluman, sebelum ini Sony telah memperkenalkan Sony A1 pada penghujung Januari 2021 lepas, dimana ia merupakan kamera nircermin terbaru Sony, hadir dengan sensor Exmor RS 50MP, dan pemproses imej BIONZ XR. Kamera ini mampu merakamkan gambar pada kadar 30 fps, selain mempunyai kemampuan rakaman video pada resolusi 8K 30fps, atau 4K 120fps.

Kamera terbaru ini turut hadir dengan beberapa ciri menarik, termasuk sokongan compressed RAW dan HEIF, selain sokongan untuk dua kad Compact Flash secara terbina.

Di Malaysia, ia kini boleh dipra-tempah pada harga RM27,599 untuk badan kamera Sony A1 sahaja. Untuk pakej dengan lensa hadir pada harga RM36,821, sementara pakej lensa zum pula hadir pada harga RM35,698.

Pra-Tempah : Sony Alpha 1

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.