Sony sebelum ini sedia mengambil-alih salah satu perkhidmatan pengedar anime popular, iaitu Funimation. Selain daripada itu, kini Sony dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih Crunchyroll pada nilai mencapai $1.5 bilion.

Crunchyroll merupakan salah satu perkhidmatan penstriman anime popular. Buat masa ini, perkhidmatan ini dimiliki oleh AT&T, iaitu salah satu syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat. Harga permintaan ini dikatakan agak tinggi berbanding nilai pasaran semasanya.

Apa pun, sekiranya Sony mengambil-alih Crunchyroll, ia akan memberikan pegangan yang lebih kukuh dalam arena anime. Pada hari ini, beberapa perkhidmatan lain turut melihat untuk menambah penawaran anime melalui perkhidmatan penstriman masing-masing, termasuk Netflix.

Crunchyroll diperkatakan mempunyai sekitar 3 juta pelanggan pada bulan Julai lepas, yang membayar langganan sekitar $8 sebulan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.