Sony Malaysia Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Kamera Aksi Pesaing GoPro – RX0

Sony pada penghujung Ogos lepas telah memperkenalkan sebuah kamera ultra-kompak dan juga mengintegrasikan ciri tahan lasak untuk rakaman video seumpama GoPro, dinamakan sebagai Sony RX0. Kini, selang sebulan, Sony Malaysia kini telah mula mengambil pra-tempahan untuk kamera berkenaan.

Sony RX0

Sony RX0 menggunakan sensor 15.3-megapixel Exmor RS CMOS, menggunakan pemprosesan Bionz X, dan menyertakan lensa rakaman luas daripada ZEISS. Kamera aksi ini boleh merakamkan gambar dalam bentuk RAW atau JPEG, selain menyertakan kebolehan rakaman video pada resolusi 4K, selain rakaman gerak perlahan pada kadar 960fps.

Harga jualannya masih belum diumumkan, tetapi mereka telah mulakan pendaftaran minat untuk mereka yang inginkannya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.