Sony kini dilihat telah memfailkan sebuah paten baru, yang memperlihatkan penggunaan sebuah pisang sebagai alat kawalan untuk PlayStation 5.

Melalui paten berkenaan, Sony ingin membolehkan penggunaan sebarang peranti yang berharga murah, bukan elektronik sebagai alat kawalan untuk permainan video.

Jadi, ia bukan setakat pada buah pisang sahaja, tetapi turut boleh menggunakan sebarang peralatan lain sebagai alat kawalan permainan.

Untuk menjayakan perkara ini, barangan berkenaan perlu dikenal-pasti terlebih dahulu menggunakan kamera (PlayStation Camera?), dan seterusnya membolehkan pengguna menggunakannya untuk mengawal, dan gerakan dijejak melalui kamera berkenaan.

Paten ini boleh dikatakan agak menarik, dan mungkin lebih sesuai untuk digunakan bersama peranti realiti-maya seperti PSVR.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan paten Sony ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.