Sony pada tahun 2020 lepas telah mengumumkan pembangunan kereta mereka tersendiri, dinamakan Sony Vision-S. Selari dengannya, pada Julai, Sony mengumumkan akan menguji kenderaan berkenaan di atas jalan raya, dan hari ini, Sony pada acara CES 2021 mempertontonkan ujian berkenaan.

Dengan perkongsian video ini, Sony sekaligus memperlihatkan fasa seterusnya dalam pembangunan kenderaan elektrik swapandu mereka tersendiri.

Ketika diumumkan setahun yang lepas, Sony Vision-S ini dikatakan dilengkapi 33 sensor pada keseluruhan kenderaan, selain turut dilengkapi sistem inforia dalam kenderaan yang diperibadikan untuk pengguna.

Ketika itu juga, ia dilihat mampu memecut kepada kelajuan 100km/j dalam masa sekitar 4.8 saat. Kenderaan ini juga telah mencapai tahap kedua dalam sokongan swapandunya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah kereta keluaran Sony ini akan dipasarkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.