Sony, jenama teknologi dari Jepun yang cukup dikenali untuk peranti-peranti elektronik seperti Walkman, PlayStation dan siri kamera Alpha mereka baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah video acah mengenai siri kamera Alpha yang baru.

Menurut Sony, acara pelancaran Alpha ini akan berlangsung pada 26 Januari pada jam 12 tengah malam. Butiran lanjut mengenai kamera yang akan dilancarkan tidak diketahui secara rasmi, tetapi terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Sony Alpha A9 III akan diperlihatkan di acara tersebut.

Ura-ura turut mengatakan bahawa kamera ini akan hadir dengan sensor APS-C dengan resolusi 50MP dan kemampuan untuk merakam video pada resolusi 8K, yang nampaknya semakin popular kebelakangan ini.

Seperti biasa, kami akan membuat liputan mengenai acara pelancaran ini, dan mengesahkan jika Sony benar-benar akan melancarkan kamera Alpha 9 III ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.