Pada awal tahun 2020 ini, Sony telah membuat kejutan dengan memperlihatkan kereta konsep mereka, dinamakan Vision-S.

Kereta konsep ini adalah sebuah kenderaan elektrik dengan keupayaan membawa sehingga empat orang penumpang, dan dilengkapi sejumlah sensor terbina padanya. Sony menjanjikan pengalaman audio visual yang menarik pada kenderaan ini.

Kenderaan ini bukan sahaja menggunakan sensor yang dibangunkan oleh Sony, tetapi turut mengintegrasikan teknologi daripada pihak Qualcomm, NVIDIA, BlackBerry QNS, HERE Maps, dan sebagainya.

Terbaru, selepas lebih enam bulan sejak mempertontonkan kenderaan Sony, kini mereka turut memuat-naik sebuah video terbaru, dan mengatakan kenderaan prototaip ini dalam pembangunan, dan ingin menguji ia dijalan awam pada tahun fiskal ini.

Dengan perkembangan positif ini, semestinya ramai yang nantikan lebih lanjut berkaitan kereta swapandu daripada Sony ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.