TechSemut Malaysia

Sony RX100 VI Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 4K HDR

Sony RX100 VI Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 4K HDR

Sony RX100 VI Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 4K HDR
Jun 06
02:30 2018

Setiap insan mempunyai senarai produk yang ingin dimiliki tetapi kerana  batasan akaun bank mereka tidak mampu memilikinya. Bagi saya kamera kompak Sony RX100 ialah produk tersebut dan setiap tahun impian memilikinya semakin jauh. Model terbaru Sony RX100 VI telahpun diumumkan dengan kemampuan rakaman 4K HDR dan gerak perlahan 96oFPS

Ia dilengkapi sensor 20.1-Megapixel Exmor RS dan cip pemprosesan imej BIONZ X. Ini memberikan kemampuan merakam gambar pada kadar 24FPS sehingga 233 gambar secara berterusan. Lensa ZEISS Vario-Sonnar T 24-200mm F2.8 – F4.5 digunakan sekaligus menjadikan RX100 VI yang pertama di dalam keluarganya mempunyai kemampuan zoom yang tinggi. Ia turut mampu memfokus dalam masa 0.03 saat yang menurut Sony adalah yang terpantas di dunia. Sistem penstabilan imej optikal SteadyShot juga disertakan.

Viewfinder menggunakan skrin OLED bagi memberikan prebiu gambar yang diambil dengan lebih tepat. Skrin sesentuh LCD pada bahagian belakang pula boleh diputar ke atas 180 darjah atau 90 darjah ke bawah untuk memudahkan rakaman swavideo dan swafoto. Sony RX100 VI akan dijual pada bulan Julai pada harga $1200 (~RM 4767).

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com