Sony Xperia 5 II ? Pesaing iPhone 12 ? | Berita TechSemut

Telefon pintar kelas flagship seringkali menawarkan skrin dan bateri yang besar. Namun bagi sesiapa yang mahukan telefon yang lebih kompak, Sony Xperia 5 II mungkin pilihan terbaik jika anda bukan peminat iPhone. Telefon ini sepatutnya akan tiba ke Malaysia pada bulan Disember tahun ini tetapi Sony Malaysia telah mengumumkan ianya hanya akan tiba pada Januari 2021.

Sony Xperia 5 II dengan memori sebesar 256gb ditawarkan dengan harga rasmi RM4099 di Malaysia. Harga yang sama dengan iPhone 12 dengan memori sebesar 128gb ataupun iPhone 12 Mini dengan memori 256gb.

Kalau anda berminat, telefon ini boleh di pra tempah sehingga 10 Januari 2021. Ianya didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah Jambu. Sebagai promosi pra tempah, Sony Malaysia mendatangkan earphone tanpa wayar WF-XB700 dengan percuma bersama-sama pelindung telefon dan pelindung skrin.

Xperia 5 II didatangkan dengan skrin bersaiz 6.1 inci Full-HD OLED dengan ratio 21:9. Telefon ini juga dikuasakan dengan refresh rate skrin sehingga 120Hz dan Sony mengatakan ianya boleh mencapai sehingga 240Hz dengan teknologi Motion Blur Reduction.

Xperia 5 II juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865 dengan 8gb Ram. Untuk bahagian kamera pula ianya mempunyai 3 kamera belakang bersaiz 12MP dan kamera hadapan bersaiz 8MP.

Seperti yang dijangkakan dari telefon berkelas flagship, Xperia 5 II didatangkan dengan speaker stereo, 3.5mm headphone jack, IP68 kalis air dan debu tapi sayangnya tidak mempunyai kebolehan untuk mengecas tanpa wayar. Dijana oleh bateri sebesar 4000mAh dan disokong teknologi pengecasan pantas USB-PD dengan menggunakan kabel type-C ianya dapat mengecas 50% dalam masa 30 minit sahaja. Telefon ini juga menyokong teknologi 5G dan Wi-Fi 6.

Kalau anda memilih telefon yang mempunyai skrin yang lebih besar dan mempunyai teknologi 4K, Sony Xperia 1 II juga boleh ditempah dengan harga rasmi RM4999.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*