TechSemut Malaysia

Soundbar Pintar Sonos Beam Dilancarkan Dengan Sokongan Alexa

Soundbar Pintar Sonos Beam Dilancarkan Dengan Sokongan Alexa

Soundbar Pintar Sonos Beam Dilancarkan Dengan Sokongan Alexa
Jun 07
14:20 2018

Amazon, Apple dan Google ketiga-tiganya menghasilkan speaker pintar dengan pembantu maya terbina. Ketiga-tiganya dipasarkan sebagai pemain muzik dan bukannya sistem hiburan ruang tamu. Bagi mengisi kekosongan ini, Sonos Beam telah dilancarkan pagi tadi.

Ia sebuah soundbar pintar yang mempunyai sokongan pembantu maya Alexa terbina seperti Sonos One yang dilancarkan Februari lalu. Sonos Beam dilengkapi lima pemacu audio dengan empat berfungsi sebagai woofer dan satu lagi tweeter. Ia boleh menyokong penstriman kandungan Spotify, Google Play Music, Apple Music dan Deezer secara terus. Sokongan AirPlay 2 pula akan diberikan di bulan hadapan. Sonos juga terbuka kepada memberikan sokongan kepada pembantu maya lain seperti Google Assistant dan Siri di masa hadapan.

Jika pengguna mempunyai pembesar suara Sonos lain di rumah, ia boleh dipadankan dengan Beam untuk berfungsi sebagai satu unit audio lengkap. Beam dipasarkan sebagai sistem audio rumah yang lebih kompak berbanding Playbase yang besaiz lebih besar. Di Amerika Syarikat Sonos Beam pada harga $399 (~RM 1590) dengan pilihan warna hitam dan putih.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com